Tuesday, April 19, 2011

Ulasan sesi pembelajaran subjek Pengantar Penulisan (SBLM 1023)

         Alhamdulillah, syukur ke hadrat Ilahi kerana dengan limpah kurnia-NYA dapat kita berada dalam kelas Pengantar Penulisan sehingga ke detik yang terakhir. Segala kenangan suka duka yang pernah terukir bersama Insya'allah akan kekal di ingatan. Sebelum kelas terakhir tiba, ingin sekali saya mengucapkan ribuan terima kasih yang tidak terhingga kepada Cikgu Nasrol yang telah banyak memberi kesedaran kepada kami tentang bahasa ibunda yang sebenar. Banyak ilmu baru yang kami pelajari sepanjang mengikuti kursus ini. Antaranya ialah, konsep penulisan, elemen-elemen penting dalam penulisan Bahasa Melayu serta penggunaan bahasa ibunda yang sebetulnya. 
     Selain daripada memperoleh ilmu baru dalam Bahasa Melayu, kami juga turut gembira sepanjang sesi pembelajaran berlangsung. Bak kata pelajar yang mengambil subjek Pengantar Penulisan, "kami enjoy belajar bahasa melayu". Hal ini demikian kerana, cara pembelajaran yang tidak membosankan serta pensyarah yang dedikasi terhadap pelajarnya. Walaupun kelas ini berlangsung pada waktu petang, namun, ianya tidak menjadi halangan kepada kami untuk datang ke kelas.
     Akhir kata, saya berasa bangga dapat menjadi salah seorang pelajar yang mengambil subjek Pengantar Penulisan pada semester ini. Segala ilmu yang kami peroleh, Insya'allah akan kami manfaatkan dengan sepenuhnya.Semoga kenangan menjadi rinduan. Wassalam....     

1 comment:

  1. terima kasih atas komen yang diberikan..

    selamat berjaya.. teruskan berkarya

    ReplyDelete