Tuesday, April 19, 2011

Ulasan sesi pembelajaran subjek Pengantar Penulisan (SBLM 1023)

         Alhamdulillah, syukur ke hadrat Ilahi kerana dengan limpah kurnia-NYA dapat kita berada dalam kelas Pengantar Penulisan sehingga ke detik yang terakhir. Segala kenangan suka duka yang pernah terukir bersama Insya'allah akan kekal di ingatan. Sebelum kelas terakhir tiba, ingin sekali saya mengucapkan ribuan terima kasih yang tidak terhingga kepada Cikgu Nasrol yang telah banyak memberi kesedaran kepada kami tentang bahasa ibunda yang sebenar. Banyak ilmu baru yang kami pelajari sepanjang mengikuti kursus ini. Antaranya ialah, konsep penulisan, elemen-elemen penting dalam penulisan Bahasa Melayu serta penggunaan bahasa ibunda yang sebetulnya. 
     Selain daripada memperoleh ilmu baru dalam Bahasa Melayu, kami juga turut gembira sepanjang sesi pembelajaran berlangsung. Bak kata pelajar yang mengambil subjek Pengantar Penulisan, "kami enjoy belajar bahasa melayu". Hal ini demikian kerana, cara pembelajaran yang tidak membosankan serta pensyarah yang dedikasi terhadap pelajarnya. Walaupun kelas ini berlangsung pada waktu petang, namun, ianya tidak menjadi halangan kepada kami untuk datang ke kelas.
     Akhir kata, saya berasa bangga dapat menjadi salah seorang pelajar yang mengambil subjek Pengantar Penulisan pada semester ini. Segala ilmu yang kami peroleh, Insya'allah akan kami manfaatkan dengan sepenuhnya.Semoga kenangan menjadi rinduan. Wassalam....     

Friday, March 4, 2011

TUGASAN DUA




~Disini bermula~

Terkenang aku..
kenangan waktu bersama..
mengorak langkah sekata..
menyulam makna dunia..
mengukir seribu rasa..

Ingin aku..
kembali bergelak ketawa..
memutar putaran masa..
mengejar semula usia..
merungkai setiap bahagia..

Nanum kini..
putaran masa berlalu..
terasa dipanggil rasa rindu..
jauh terdampar di hujung kalbu..
seakan disapa memori lalu..






Semoga kenangan menjadi rinduan...



Tuesday, February 22, 2011

TUGASAN PERTAMA...

1) Apakah kepentingan memahami peraturan berbahasa dalam menulis. 

  Bahasa merupakan satu medium yang penting untuk kita saling berkomunikasi antara satu sama lain. Dalam berbahasa, kita haruslah memahami serta menjaga peraturan berbahasa terutama dalam bidang penulisan. Hal ini demikian kerana, tidak semua pihak boleh memahami apa yang ingin kita sampaikan jika kita tidak menggunakan bahasa pada garis yang betul.

  Oeh itu, dengan memahami peraturan berbahasa, mesej yang ingin kita sampaikan dapat difahami oleh semua puhak. Tuntasnya,masalah salah faham dalam kalangan kita secara tidak langsung dapat dikurangkan dan mungkin dapat ditangani daripada terus berlaku. Selain itu, peraturan berbahasa juga penting agar kedudukan kita sebagai bangsa melayu tidak dipandang enteng oleh kaum lain. Bak kata pepatah, bahasa cerminan bangsa.



2) Perlukah kesemua genre penulisan mamatuhi peraturan berbahasa?

  Genre penulisan merupakan penggerak utama dalam membuka ruang kepada masyarakat untuk berkarya. Jadi, adalah menjadi satu kepentingan kepada genre penulisan untuk memastikan setiap karya yang ingin dikeluarkan mematuhi peraturan bahasa. Seperti yang kita sedia maklum, pada zaman yang semakin meningkat canggih ini, masyarakat seolah-olah lupa kepada bahasa ibunda yang dahulunya dipertahankan oleh nenek  moyang kita. Sebagai contoh, bahasa yang digunakan dalam komik, majalah, akhbar dan sebagainya tidak lagi mengambil berat akan peraturan berbahasa. Mereka seakan-akan mencipta bahasa baru seperti bahasa rojak, bahasa pasar dan sebagainya yang sering digunakan oleh orang kita pada masa kini.

   Justeru itu, dimana hilangnya martabat bahasa kita? Tepuk dada, tanyalah diri kita sendiri. Orang lain tidak mampu mengubahnya melainkan diri kita sendiri. Oleh itu, genre penulisan amatlah memainkan peranan penting dalam menjana bangsa yang sayang akan bahasa. 


3) Adakah bahan-bahan penulisan kini mematuhi peraturan berbahasa?   

  Pada pasca globalisasi ini, penggunaan bahasa dalam bahan penulisan tidak lagi di ambil berat oleh masyarakat kita. Penggunaan bahasa dalam bahan penulisan seperti telah lari daripada peraturannya. Kita tidak lagi mengambil kira jika terdapat kesalahan bahasa dalam bahan bacaan. Kebanyakan bahan-bahan penulisan, bebas menggunakan bahsa sendiri. Sebagai contoh, bahasa yang digunakan dalam komik sangat memalukan bahasa ibunda kita. Tidak terfikirkah kita bagaimana kesusahan yang dialami oleh nenek moyang kita dalam memperjuangkan bahasa melayu. kita seharusnya sedar akan kepentingan bahasa dan tidak perlulah kita membuat singkatan kepada bahasa yang telah ada sehingga terpesong maksudnya.

   Tuntasnya, sama-samalah kita memertabatkan bahasa ibunda agar tidak hilang ditelan arus kemodenan dunia.Bahasa kita, tanggungjawab bersama.